Kegagalan Kawasan Persemakmuran Bersama Asia Timur Raya Kawasan_Persemakmuran_Bersama_Asia_Timur_Raya

Prangko Jepun bergambarkan peta Asia Timur Raya

Walaupun Jepun berjaya mengobarkan semangat anti-Barat di Asia, Kawasan Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya tidak pernah wujud menjadi Asia yang bersatu. Dr. Ba Maw, Presiden Burma di bawah pemerintahan Jepun menyatakan bahawa penyebab kegagalan tersebut ialah ketenteraan Jepun:

Pemimpin tentera Jepun hanya melihat segala sesuatu dari sudut pandang Jepun dan lebih buruk lagi, mereka memaksa pihak-pihak lain untuk melakukan hal yang sama. Bagi mereka hanya ada satu cara untuk melakukan sesuatu, iaitu cara Jepun; hanya ada satu tujuan dan kepentingan, iaitu kepentingan Jepun; hanya ada satu masa depan untuk negara-negara Asia Timur, untuk menjadi seperti Manchuria atau Korea yang terikat selama-lamanya dengan Jepun. Pemaksaan etnik seperti ini...menyebabkan rasa saling persefahaman yang sebenarnya antara tentera Jepun dan orang-orang di wilayah kami hampir-hampir mustahil.[9]

Kawasan Kemakmuran Bersama Asia Timur Raya ternyata tidak dimaksudkan untuk kemajuan negara-negara Asia Timur, melainkan untuk kepentingan Jepun, dan akhirnya gagal mendapat sokongan negara-negara Asia Timur. Namun dikalangan nasional di negara-negara Asia Timur dalam beberapa aspek mahu bekerjasama dengan Jepun. Namun Willard Elsbree, profesor emeritus ilmu politik di Universiti Ohio menyatakan bahawa antara Pemerintah Jepun dan para pemimpin nasionalis tidak pernah membentuk "kesatuan kepentingan yang sebenarnya antara kedua belah pihak, [dan] tiada penduduk negara-negara Asia yang rasa putus asa secara berlebihan setelah Jepun tewas."[10]

Kegagalan Jepun dalam memahami tujuan dan kepentingan negara-negara dalam Kawasan Persemakmuran Bersama menyebabkan hubungan Jepun dengan negara-negara lain di Asia hanya berlangsung secara teori dan bukan dalam semangat yang sebenar. Dr. Ba Maw menyatakan nasib Jepun sangat berbeza, apabila Jepun dapat bertindak selari dengan konsep sokonganya bagi "Asia untuk orang Asia". Beliau menambah apabila Jepun menggunakan slogan tersebut dan menjalankan dasar yang sesuai dengan slogan tersebut

"Kekalahan secara ketenteraan tidak akan merampas kepercayaan dan rasa terima kasih daripada sesetengah rakyat Asia atau bahkan lebih, dan hal tersebut akan sangat bermakna dalam memberikan sebuah tempat yang baru, agung, dan abadi bagi Jepun di dunia pasca perang, ketika Asia akan berada di bawah pengaruh Jepun."[11]

Parti politik dan gerakan disokong Jepun

Rujukan

WikiPedia: Kawasan_Persemakmuran_Bersama_Asia_Timur_Raya http://www.researchportal.be/en/project/the-money-... http://books.google.com/books?id=KqNiaX7b4bgC&prin... http://books.google.com/books?id=RpDDxDAxHjEC http://books.google.com/books?id=RpDDxDAxHjEC&pg=R... http://books.google.com/books?id=TnVuAAAAMAAJ&q=Ja... http://books.google.com/books?id=X-Th04d7jj0C&q=Wa... http://books.google.com/books?id=hAZnAAAAMAAJ&q=Fa... http://books.google.com/books?id=hdNsVCZw1JAC&pg=P... http://books.google.com/books?id=sIIZIgAACAAJ&dq=P... http://ww2db.com/battle_spec.php?battle_id=70